Netizen nafi Sullyoon, Lee Know bercinta

BIARPUN spekulasi  hubungan percintaan antara anggota kumpulan Nmixx, Sullyoon dan penyanyi Lee Know hangat diperkatakan, ramai peminat meraguinya.

Gosip itu tercetus apabila seorang netizen mendakwa kedua-dua penyanyi itu menjalin hubungan istimewa dan menyiarkan video mesra ‘pasangan” terbabit.

Bagaimanapun, ramai pengikut setia Sullyoon dan Lee Know menafikan perkara tersebut.

“Mereka rakan artis yang bernaung di bawah satu label dan sama-sama menjayakan program Music Core. Agak pelik jika mereka tidak rapat antara satu sama lain.

“Mereka hanya berbual dan ini bukan bukti kukuh mereka sedang bercinta,” ujar peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok