Nama Ira Kazar memanas lagi

SEBENARNYA, bukan panas lagi tetapi sentiasa hangat.

Itulah yang terjadi setiap kali isteri Syamsul, Ira Kazar setiap berkongsi aktiviti atau muat naik foto dalam Instagram sehingga menjadi bualan ramai ketika ini.

Nama tengah panas, semua yang dilakukan dipetik ramai.

Paling mencuri tumpuan apabila Ira mengejutkan ramai dengan berkongsi foto bersama suami tercinta, kemudian dipadam dengan segera.

Diva tidak tahulah apa motif dia buat begitu, mungkin juga tidak sengaja muat naik.

Selain itu, ada juga mendakwa dia berbalah dengan netizen dalam TikTok kerana menggunakan foto masakan daripada Instagramnya.

Macam-macam hal sungguh.

Mungkin selagi tidak bersuara atau muncul secara rasmi sebagai isteri Syamsul, selagi itu akan menjadi mangsa kecaman ramai.

DIVA: Pening juga nak faham kes mahkamah Datuk A. Aida dan Amelia Henderson.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok