Nadeera, tolonglah tukar imej!

TERLEBIH dahulu Diva nak ucapkan tahniah kepada juara Big Stage musim kelima (BS5) iaitu Nadeera Zaini yang tampil dengan single baharu berjudul Emas. 

Diva tak nafikan single Emas yang dihasilkan oleh komposer Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat manakala liriknya ditulis oleh Datin Alyah itu memang sedap dan ada potensi untuk ke Anugerah Juara Lagu.

Cuma Diva nak tegur sikit tentang penampilan Nadeera apabila kelihatan lebih tua berbanding usianya yang baru 30 tahun.

Pada pendapat Diva, mungkin Nadeera perlu ‘tone down’ sikit solekan yang terlalu tebal sehingga menampakkan wajahnya kelihatan lebih berusia.

Diva faham mungkin Nadeera mahu menutup ‘kekurangan’ pada wajahnya, cuma dia kena ingat, industri ini agak ‘kejam’ kerana rupa paras tetap dipandang kadang-kadang mengatasi bakat.

Harap Nadeera tidak berkecil hati kerana Diva merupakan antara peminat Nadeera sejak dahulu, hingga sekarang. Semoga terus sukses dalam kerjaya seni dan tidak lagi hilang daripada radar!

DIVA: Sakit pula hati kita tengok pertunjukan fesyen Behati bertemakan Pahlawan, moral mana?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok