Nabila Huda tak ‘layan’ artis berangan

NABILA Huda jenama yang kukuh dalam arena seni lakon tanah air.

Berilah apa sahaja watak, baik antagonis, psiko seram mahupun sebaik-baik insan, kredibiliti serta versatiliti aktres yang mesra disapa Abil itu ternya hebat.

Pernah menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem ke-28 (FFM28), keampuhan lakonannya layak menjadi rujukan pelakon baharu.

Terbuka berkongsi tip berkaitan seni lakon, Nabila bagaimanapun enggan membuang masa menasihati bakat baharu yang tidak menunjukkan minat terhadap seni lakonan.

Jelas anak kepada penyanyi rock Datuk Amy Search itu, dia tidak akan sesekali berkongsi ilmu mahu pun pengalaman dengan mana-mana pendatang baharu yang bernafsu terjun ke dunia hiburan semata-mata ingin meraih populariti.

Saya lihat kebanyakan pelakon baharu sekarang ini menceburkan diri dalam arena hiburan kerana mempunyai kepentingan tersendiri.

“Maksudnya mereka jadi pelakon bukan sebab betul-betul nak jadi pelakon, saya boleh nampak dan bukan main tuduh sengaja menghakimi mereka.

“Mereka ceburkan diri kerana nak dapatkan populariti, disanjungi dan dipuji, bukan sebab betul-betul minat berlakon, tetapi bukan semuanya begitu,” getusnya.

NABILA sudi berkongsi ilmu dengan pelakon baharu yang bersungguh-sungguh mahu menguasai lakonan.

Pelakon drama Kamar Kamariah itu sebenarnya enggan menyinggung perasaan pihak lain selain tidak ingin mencetuskan kebencian dengan pelakon baharu.

“Bila saya nampak ada sesetengah pelakon tidak begitu minat dalam bidang ini, saya rasa tidak perlulah untuk berikan nasihat.

Pada saya, mereka buatlah apa yang mereka suka, lantaklah mereka nak buat apa. Nanti suatu hari nanti mereka pasti akan menyesal.
“Kalau saya cakap lebih atau bagi nasihat, silap-silap orang akan lagi bencikan saya. Jadi jangan gelisah, biarkan saja,” tutur Nabila.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok