Monsta X nak saman, privasi sering diganggu

BERIKUTAN privasi diceroboh berulang kali, kumpulan Monsta X nekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu mahupun peminat fanatik yang tidak menghormati kehidupan peribadi mereka.

Antara tindakan yang dirasakan menceroboh dan tidak wajar dilakukan peminat adalah lawatan tanpa kebenaran, mengambil gambar dalam ruangan peribadi artis, menyebarkan maklumat peribadi yang diperoleh secara tidak sah dan mengekori kenderaan artis secara berterusan.

Starship Entertainment yang menaungi Monsta X memperketatkan kawalan bagi melindungi privasi artis jagaan mereka sekali gus mencegah berlakunya perkara tidak diingini.

Individu yang tetap berdegil akan disenarai hitam daripada menyertai semua acara, aktiviti dan konsert membabitkan kumpulan Monsta X.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok