Monie sudah tiada – RM

BIARPUN kehilangan anjing kesayangan hampir tiga bulan lalu, penyanyi RM baru sahaja berkongsi perkara tersebut dengan peminat.

Hal itu dikongsikan anggota kumpulan BTS berkenaan sejurus peminat bertanyakan keadaan anjingnya bernama Monie dalam siaran langsung Instagram, baru-baru ini.

Peminat turut bersedih dengan berita pemergian Monie.

RM yang turut dikenali sebagai Nam-joon menganggap Monie sebahagian daripada keluarganya walaupun hanya seekor haiwan peliharaan.

Sebagai bukti, RM membeli lukisan yang kelihatan seperti Monie dari pameran dan menggantungnya di dapur.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok