Moga Yusof Gibran turuti akhlak Rasulullah – Farah Nabilah

PELAKON Farah Nabilah akhirnya mendedahkan jantina dan nama cahaya matanya keduanya selepas tujuh hari dilahirkan.

Farah yang pengumuman perkara itu melalui Instagram memilih nama Yusuf Gibran untuk puteranya itu.

Assalamualaikum. Hari ini hari ketujuh dia. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul,” tulisnya dalam perkongsian di Instagram.

Pada masa sama, Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin, 31, menitipkan doa buat permata hatinya itu.

“Terima kasih atas doa semua. Semoga Yusof Gibran menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak seperti Rasulullah S.A.W serta dilindungi daripada segala kejahatan,” tambahnya.

Bagaimanapun, aktres merangkap model itu tidak mendedahkan lagi wajah si kecil untuk tatapan umum.

Farah dan pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.

Rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran anak lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia tiga tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok