Menarik! Jeon So-mi ada 3 pasport

PENYANYI jelita Jeon So-mi mendedahkan dirinya mempunyai tiga pasport dan menggunakan pasport yang berbeza bergantung negara yang dilawati.

Jelasnya, bapanya mempunyai banyak kacukan dan memperolehi dua kerakyatan yang membolehkan dia mempunyai banyak pasport.

Ayah saya mempunyai dua kerakyatan iaitu Kanada dan Belanda, manakala ibu saya pula orang Korea Selatan. Jadi saya mempunyai tiga pasport,” katanya.

Tambah Jeon So-mi lagi, mempunyai tiga pasport memudahkan banyak urusannya selain memberi kelebihan kepadanya dari segi masa dan proses menunggu.

“Pasport perlu terus digunakan supaya tidak tamat tempoh, jadi saya bawa pasport berbeza bergantung kepada destinasi.

Apabila ke Eropah, saya guna pasport Belanda. Jadi saya tidak perlu bersesak untuk ke imigresen dan menunggu lama.

“Jika ke Asia atau Asia Tenggara pula, saya guna pasport Korea, semua itu memberi kelebihan dan memudahkan urusan kerja,” jelasnya panjang lebar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok