Lover Letters buat Jungkook menangis

TIADA angin tiada ribut, penyanyi kumpulan BTS iaitu Jungkook menangis ketika satu siaran langsung (live) baru-baru ini.

Semasa berkomunikasi bersama peminat dalam aplikasi Weverse, pemilik nama lengkap Jeon Jung-kook itu dimaklumkan tentang sebuah lagu khas yang dihasilkan peminat BTS.

Lagu berjudul Love Letters itu menyentuh perihal hati Jungkook sehingga air matanya menitis.

“Wah! Saya sangat terharu. Bila mereka menghasilkan lagu ini? Kenapa saya tidak tahu.

“Liriknya sangat indah. Terima kasih Army (peminat),” ujarnya sambil mengelap air mata.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok