Lee Do-hyun sertai latihan ketenteraan

AKTOR popular drama bersiri Netflix, The Good Bad Mother iaitu Lee Do-hyun bakal menyertai latihan ketenteraan.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak pengurusannya, Yuehua Entertainment bahawa pelakon 28 tahun itu akan mendaftar tidak lama lagi.

Selepas menerima latihan asas di pusat latihan pada 14 Ogos, Lee Do-hyun akan menggalas tanggungjawab di Tentera Udara Republik Korea,” katanya.

Dalam kenyataan tersebut, pihak Yuehua Entertainment juga menasihati peminat agar tidak melawat kawasan pendaftaran bagi mengelak kesesakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok