Lia Itzy sakit? 

KETIKA acara perjumpaan peminat baru-baru ini, penampilan anggota kumpulan Itzy, Lia mencetuskan kebimbangan ramai.

Hal tersebut berlaku apabila seorang peminat memuat naik foto dan video yang menunjukkan penyanyi itu kelihatan kurang sihat ketika beraksi di atas pentas.

Spekulasi itu semakin hangat diperkatakan apabila Lia atau nama sebenarnya, Choi Ji-su didapati pulang lebih awal daripada anggota Itzy yang lain.

Peminat mengesyaki Lia meninggalkan acara itu untuk mendapatkan rawatan atau berehat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok