Lee Do-hyun sertai pancaragam tentera

SELEPAS mendaftar masuk latihan wajib ketenteraan pada minggu lalu, pelakon Lee Do-hyun diserap menyertai pasukan pancaragam Tentera Udara Korea Selatan.

Bintang drama The Good Bad Mother itu berjanji untuk mening­katkan kualiti muzik kumpulan pancaragam yang disertainya.

Biarpun dimasukkan ke unit muzik, Do-hyun diwajibkan menjalani latihan asas ketenteraan sebelum benar-benar diserapkan ke pasukkan Tentera Udara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok