Lebih dramatik, D.P 2 bikin penonton menangis

DRAMA popular Korea, D.P mengisahkan tentang sekumpulan individu ditugaskan menangkap anggota tentera yang melarikan diri kembali meledakkan adrenalin penonton untuk musim kedua.

Pada musim kedua, siri enam episod  ini masih mengekalkan pelakon utama iaitu Jung Hae-in sebagai An Jun-ho dan Gyo-Hwan (Han Ho-Yeol) yang melakukan tugas khas untuk menjejak mana-mana askar yang hilang daripada kem tentera.

Lebih menarik, kali ini Sutradara Han Jun-hee dilihat menambah lebih banyak unsur dramatik dan debaran dalam beberapa episod.

Tidak cukup dengan itu, walaupun berkisarkan tentang sisi gelap dunia ketenteraan di Korea, drama ini juga berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata dengan menyelitkan unsur kekeluargaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok