Langgar peraturan tentera, Ravi dihukum penjara

Bekas anggota kumpulan VIXX, Ravi dijatuhi hukuman berat kerana melanggar undang-undang ketika menjalani latihan ketenteraan.

Mahkamah Daerah Selatan Seoul menjatuhkan hukuman penjara satu tahun ke atas Ravi, yang digantung perkhidmatan selama dua tahun selain perlu melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam.

Ravi didapati bersalah kerana memalsukan diagnosis epilepsinya untuk mengelak daripada berkhidmat sebagai pegawai secara aktif dalam tentera.

Lebih teruk, dia didakwa bersubahat dengan broker perkhidmatan tentera untuk membuat diagnosis epilepsi palsu selain memalsukan banyak dokumen kesihatan yang lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok