Kita rancang, usaha tapi Tuhan menentukan – Farid Kamil 

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan hampa semua bahagia dunia akhirat.”

Itu reaksi pelakon Farid Kamil dalam satu hantaran Instagram selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isteri, aktres Diana Danielle di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

Meskipun tidak hadir di mahkamah kerana masalah kesihatan, dia tetap bersyukur segala prosiding lafaz cerai yang dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet berjalan dengan lancar.

Kita boleh rancang, kita boleh usaha namun ketetapan tetap pada yang punya kuasa,” katanya ringkas.

Menerusi hantaran sama, pelakon filem Anwar Untold Story itu turut memuat naik video dia dipakaikan serban dalam sebuah majlis agama namun tidak dijelaskan secara terperinci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Sebelum ini, Farid beberapa kali muncul di mahkamah dengan membuat pelbagai kejutan seperti membawa ibu bapanya, jambangan bunga, barang kemas dan cincin perkahwinan bagi memujuk hati Diana.

Bagaimanapun, semua usaha tersebut ditolak oleh Diana.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok