Kim Woo-bin hadiri pengebumian peminat

Pelakon Kim Woo-bin mencuri perhatian ramai apabila meratapi pemergian peminatnya.

Difahamkan, Woo-bin melawat mendiang seorang peminat bernama Ji-won dan menghadiri acara pengebumiannya.

Dalam masa sama, dia menghantar bunga ke majlis pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mendiang.

Bintang drama The Heirs itu turut menitipkan hantaran khas buat peminat tegarnya yang sentiasa menyokong kariernya.

“Ji-won yang ceria. Saya sedar awak menjalani perjalanan yang sukar sejak kali terakhir berjumpa.

“Saya tidak menganggap ini sebagai perpisahan kekal. Saya harap awak sentiasa tersenyum, sihat dan gembira di sana apabila kita bertemu kembali.

“Bukan hanya itu, saya bersyukur memiliki peminat seperti awak dan berjanji akan buat terbaik dalam projek akan datang,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok