Kesihatan Nine merosot

PIHAK pengurusan kumpulan OnlyOneOf, 8D Entertainment tampil dengan kenyataan rasmi mengenai kesihatan semasa salah seorang anggotanya iaitu Nine.

Penyanyi itu dikejarkan ke hospital ketika menjalani penggambaran sebuah program berikutan perubahan mendadak kesihatannya.

Dia bagaimanapun semakin pulih dan bakal menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh selepas ini.

Susulan kejadian itu, acara busking OnlyOneOf yang bakal diadakan dalam masa terdekat akan ditangguhkan buat sementara waktu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok