Kesetiaan versi Iman Troye undang sebak

SEBAGAI tanda memperingati dan kasih terhadap insan yang dianggap sebagai kakak, penyanyi Iman Troye merakam semula lagu Kesetiaan milik Allahyarham Siti Sarah.

Lagu tersebut dilancarkan pada 9 Ogos lalu yang merupakan tarikh pemergian Allahyarham dua tahun lalu akibat Covid-19.

Lebih menyayat hati, Iman turut menyelitkan momen-momen manis Siti Sarah memberinya kejutan suatu ketika dulu dalam muzik videonya.

Didendangkan dalam versinya sendiri, Iman berjaya mengundang rasa sebak ramai pendengar yang merindui nyanyian Siti Sarah.

“Terima kasih Iman kerana membawa semula memori manis lagu ini.

“Sedap Iman nyanyi, menangis dengar,” puji netizen.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok