Kek, bunga untuk mentua, bukan bekas suami – Puteri Sarah

DIDAKWA memberi sebiji kek dan sejambak bunga kepada Syamsul Yusof sebagai tanda maaf, pelakon Puteri Sarah Liyana pantas menangkis tuduhan tersebut.

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sebaliknya menegaskan pemberian itu sebenarnya untuk bekas mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah, bukannya bekas suami.

Warga Facebook pun mulalah komen kata Sarah macam-macam. Eh hello, lambat lagi. Bunga dan kek itu untuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah,” tulisnya dalam Instagram.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berharap netizen tidak menyebarkan gosip murahan jika tidak mengetahui cerita sebenar.

“Tolonglah jangan buat gosip murahan sebab warga Facebook ni aneh-aneh,” luah aktres berusia 38 tahun itu lagi

Terdahulu, Puteri Sarah didakwa menjadi punca sebenar keretakan rumah tangga antaranya dengan Syamsul gara-gara sikap ‘kasar’, bukannya kehadiran Ira sebagai orang ketiga.

Individu terbabit difahamkan bermati-matian membela Ira yang juga anak aktor Kazar Saisi selepas bergaduh dengan netizen gara-gara kandungan Instagram miliknya dijadikan topik kecaman netizen.

Puteri Sarah kemudian tampil memberikan komen balas, namun individu sama menyebut tidak kisah jika disaman aktres itu.

Pergaduhan dalam ruangan komen berhenti setelah Puteri Sarah menoktahkan pendapat individu tersebut dengan komen yang agak pedas.

Rasanya kau yang kalah. Sebab netizen macam kau kan bodoh baca apa yang ada je tak tau cerita sebenar, dalam mahkamah tak keluar semua,” tegasnya.

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul bercerai pada 14 Jun lalu dengan talak satu selepas melalui proses mahkamah yang panjang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok