Jung Woo-sung damba watak komedi

PELAKON Jung Woo-sung mendedahkan keinginan mendalami kemahiran watak komedi demi kepuasan peribadi.

Kata Woo-sung, dia sudah biasa mendengar khalayak memuji kualiti lakonannya baik menerusi drama mahupun filem, namun dia juga mahu dikenali sebagai pelakon yang boleh membawakan watak komedi.

“Tidak dinafikan saya dilahirka dengan rupa yang baik, selalu diberi watak utama tetapi saya juga mahu dikenali kerana lucu.

“Mencipta situasi yang penuh gelak ketawa dalam hubungan dan kerja adalah sangat penting bagi saya.

“Saya mahukan rasa itu,” katanya menerusi sebuah rancangan temu bual.

Sementara itu, pelakon berusia 50 tahun itu turut mengagumi pelawak yang sentiasa ada idea baharu untuk menghiburkan penonton.

“Setiap kali saya menonton pelawak membuat persembahan, saya kagum dengan bakat dan kemahiran mereka.

“Bukan mudah untuk  buat orang ketawa, saya yakin itu merupakan satu kemahiran yang boleh diasah melalui pengalaman,” ujarnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok