Jung-hwa kembali dengan Beautiful Woman

SETELAH dua tahun menyepi, pelakon Uhm Jung-hwa kembali ke pentas teater menerusi Beautiful Woman.

Aktres yang juga penyanyi itu memegang watak Ji-hye iaitu seorang pakar dalam teknologi yang terjerat dalam insiden tidak diingini.

Kemunculan Jung-hwa sangat dinanti-nantikan kerana sering menjayakan pelbagai tema lakonan seperti komedi, melodrama dan thriller.

Beautiful Woman bakal menemui penonton pada bulan Oktober ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok