Jun tamat latihan tentera

SEORANG lagi ahli kumpulan Ace iaitu Jun menamatkan perkhidmatan ketenteraannya selepas dua ahli lain iaitu Wow dan Donghun.

Kepulangan Jun atau nama lengkapnya Park Jun-hae sangat dialu-alukan Ace dalam perkongsian media sosial mereka.

Jun, 29, menemui peminat buat pertama kali selepas tamat latihan menerusi siaran langsung YouTube Ace pada 8 Ogos lalu.

Sebelum ini, Jun mendaftar sebagai tentera pada 7 Februari 2022 sekali gus menjadi ahli ketiga Ace yang berjaya menamatkan latihan ketenteraannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok