Joo Ji-hoon derita gout, tinnitus

AKIBAT bersungguh-sungguh menambah berat badan bagi menjayakan satu karakter, pelakon Joo Ji-hoon terpaksa menerima hakikat dirinya kini menderita beberapa penyakit.

Pertambahan berat badan secara drastik imenyebabkannya tubuhnya mengalami gangguan yang membawa masalah seperti penyakit gout dan tinnitus.

Sebagai pelakon berdedikasi, Ji-hoon ingin menambah berat supaya wataknya dalam Unofficial Operation lebih menonjol.

Menerusi filem terbaharunya itu, Ji-hoon berjaya menaikkan berat badan sehingga 12 kilogram (kg).

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok