Jin kian kacak

HAMPIR tujuh bulan berada dalam kem tentera, penyanyi Jin dikatakan kelihatan lebih kacak.

Perkara tersebut menjadi tumpuan semasa anggota kumpulan BTS itu memuat naik fotonya bersama penyanyi Seung-yoon dalam Weverse.

Menerusi foto tanpa suntingan pun, aura pesonanya masih kekal menawan.

Tidak sampai satu jam dimuat naik, Jin menjadi tular sehingga menduduki carta nombor dua menerusi Naver dengan lebih 85,000 tontonan untuk muat naik aktiviti ketenteraannya itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok