Jimin, Song Da-eun bercinta?

SEJAK tahun lalu, spekulasi mengenai percintaan antara penyanyi Jimin dan aktres Song Da-eun kerap diperkatakan.

Desas-desus hubungan istimewa itu semakin hangat apabila netizen menyenaraikan bukti bergambar mengenai kebersamaan mereka, sama barangan kepunyaan masing-masing dan lokasi keberadaan di sesebuah tempat.

Menurut netizen, Jimin dan Da-eun diperkenalkan oleh hasil usaha Lee Soo-ji dan Ji Se-ho.

Sehingga ini, Da-eun masih menafikan khabar angin yang tersebar bahkan mendakwa tidak mengenali Jimin secara peribadi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok