Jimin pegang 3 rekod dunia

ANGGOTA kumpulan BTS, Jimin kini memegang tiga Guinness World Records sebagai artis solo paling ‘berjaya’ merentasi dua platform penstriman muzik, Spotify dan Soundcloud.

Terbaharu, Jimin direkodkan sebagai pemegang dua rekod dalam platform penstriman muzik Soundcloud menerusi lagu pertamanya berjudul Promise dikeluarkan pada Disember 2018.

Lagu tersebut mengangkat kedudukan Jimin sebagai pemegang rekod untuk lagu paling banyak distrim dalam tempoh masa 24 jam dalam platform terbabit.

Lagu tersebut juga meraih 8.5 juta jumlah penstriman sekali gus menjadi lagu paling banyak distrim sepanjang zaman dalam Soundcloud.

Promise ciptaan sendiri Jimin, RM dan Slow Rabbit terus cemerlang dan digemari ramai orang sehingga distrim sebanyak lebih 330 juta aliran.

Terdahulu, Jimin memegang rekod sebagai artis solo K-Pop terpantas mencapai satu bilion jumlah penstriman dalam Spotify.

Justeru dengan dua kejayaan terbaharu itu, jumlah rekod dunia dipegang Jimin kini berjumlah tiga.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok