Jelajah ‘makan’ Wonho

IBARAT sambil menyelam minum air, semasa mengadakan konsert jelajah di Sepanyol penyanyi, Wonho mengambil kesempatan mengembara mencari menu istimewa negara itu.

Sejurus tiba di Madrid, pelantun lagu Beautiful Liar itu terus ke restoran tempatan bagi mencuba hidangan lokal berasaskan udang sotong.

Bukan hanya mengunjungi restoran, pemilik nama lengkap Lee Ho-seok itu turut singga ke pasar tempatan mencari pencuci mulut iaitu churros bersama sos coklat.

Usai konsert, dia menghabiskan masa menjelajah Eropah sambil menikmati toekbokki, rabokki, perut babi panggang dan budae jjigae di sebuah restoran Korea di sana.

Peminat teruja melihat pemilihan makan Wonho sehingga tidak sabar menanti video pengembaraan seterusnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok