Jantan habis! Aqasha digelar Bradley Cooper Malaysia?

TIADA angin tiada ribut, nama aktor Aqasha  tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila video nyanyiannya sambil bermain gitar  dalam sebuah konsert siaran RTM tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi video tersebut, pemilik nama penuh Firdee Akassya Rosli mendendangkan lagu Shallow nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper.

Nyanyian merdu bintang filem Embun itu meraih respons positif ramai sehingga ada yang memberi gelaran iaitu Bradley Cooper Malaysia ditambah pula dengan imej rambut panjang paras bahu dan berjambang.

“Suara Aqasha memang mantap sejak dulu, dia sesuai menyanyi lagu genre ‘country’,” komen netizen.

“Wow! Bradley Cooper Malaysia ke ni? Ingatkan ‘mat saleh’ yang nyanyi,” puji segelintir netizen lain.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok