Jangan tertipu, saya tidak sertai skim pelaburan – Rosyam Nor

“SAYA nak beritahu, saya tiada kena mengena dengan apa-apa perkara berkaitan saham. Jadi, itu adalah satu penipuan,”

Demikian respons pelakon Datuk Rosyam Nor yang berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambarnya bagi menarik pelabur.

Tegas Rosyam, dia tidak terlibat dalam mana-mana skim pelaburan saham di Malaysia malah perbuatan pihak terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya hanya nak beritahu ada banyak sangat iklan fasal saham yang menggunakan gambar saya hingga ramai orang terpengaruh,” jelasnya menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram.

Dalam hantaran sama, pelakon watak Tailong itu mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan muslihat pihak yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Ini adalah ‘scam’ daripada ‘scammer’, tolong jangan percaya. Jangan cepat percaya apabila mereka menggunakan gambar saya.

“Saya harap semua orang berhati-hati dengan situasi sekarang. Terima kasih,” tegasnya.

Isu terbabit bukan kali pertama berlaku apabila beberapa artis lain turut menjadi mangsa pihak yang menggunakan gambar mereka bagi tujuan promosi termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Ziana Zain dan Ella – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok