[VIDEO] Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta 

TAKUT rumahtangga disondol wanita kebulur suami orang, pelakon Rozita Che Wan menasihati golongan isteri agar tidak kerap berkongsi foto mahupun kisah indah bersama suami.

Kata anak jati Kedah yang mesra disapa Che Ta itu, lelaki bersatus suami orang kini lebih laris berbanding bujang atau duda.

“Kepada semua isteri, jangan tayang suami dekat media sosial nanti ramai yang berkenan.

“Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

“Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” kata Che Ta menerusi sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.

Susulan itu, rata-rata netizen terutamanya wanita memberikan respons dan komen positif tanda bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Che Ta.

“Sokong, tayang suami nanti kena kebas. Sekarang ni ramai kempunan suami orang, seram juga ada jenis wanita macam itu,” komen netizen itu.

“Biar muka kita saja penuh dalam media sosial, suami kita sorok dalam almari, bukan melebih-lebih tapi sekadar berhati-hati, ramai minat suami orang,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok.

Che Ta dan Zain Saidin yang berkahwin pada 11 Disember 2013 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai 8 Mei 2003.

Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun. – HIBGLAM

@rozitachewan1 Simpan sini buat kenangan ? . #cheta #fyp #curang #poligami ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok