Jane nafi Joshua kekasihnya

SPEKULASI percintaan antara penyanyi Jane dan anggota kumpulan Seventeen, Joshua hangat diperkatakan peminat K-pop.

Demi mengelakkan salah faham, anggota kumpulan Momoland itu bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Joshua. Jadi, saya tidak tahu apa-apa tentang hal ini.

“Dalam masa sama, saya tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kerana sangat gementar.

“Saya berani menulis di sini kerana ingin menyampaikan perkara sebenar kepada peminat saya,” tulis Jane dalam satu kenyataan menerusi platform komuniti dalam talian.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok