Jaejoong kini penyampai radio

BERMULA sebagai penyanyi,  Jaejoong kini mencari pengalaman menjadi penyampai radio (DJ) dalam sebuah syarikat stesen radio MBC FM4U.

Khabar tersebut sekali gus membuatkan penyanyi asal Korea Selatan itu menjadi penyampai radio buat pertama kali selepas 14 tahun berada dalam industri.

Pihak MBC memaklumkan bahawa pemilik nama lengkap Kim Jae-joong itu akan mengambil alih segmen Yoon Do-hyun at 4 o’clock sebagai DJ istimewa bermula 29 Ogos hingga 3 September.

Meskipun menggalas amanah itu dalam beberapa hari, Jaejoong sangat teruja dan tidak gugup menemani pendengar radio FM4U.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok