Indahnya percutian musim panas NewJeans

ALANG-ALANG berada di Jepun, kumpulan NewJeans menggunakan kesempatan yang ada untuk menikmati percutian musim panas di sana.

Percutian mereka ditemani Ketua Pegawai Eksekutif syarikat rakaman Ador, Min Hee-jin.

Detik menggembirakan dikongsikan dalam Instagram NewJeans yang menunjukkan kesemua ahli menikmati ais krim di bandar Tokyo.

Sebelum berlibur, anggota NewJeans terlebih dahulu menjayakan persembahan sempena Summer Sonic 2023 pada 19 hingga 20 Ogos lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok