Hyungwon, Kim Yoon-hee kembali bersama

AHLI kumpulan Monsta X, Hyungwon khabarnya kembali menjalin hubungan cinta dengan pengacara Kim Yoon-hee.

Desas-desus itu hangat diperkatakan selepas Yoon-hee memuat naik status dalam InstaStory seakan memberi bayangan cinta mereka kembali bertaut.

Dia juga teruja melihat persembahan Monsta X menerusi skrin telefonnya.

Sebelum ini, mereka merupakan pasangan kekasih sehingga 2016, sebelum memutuskan tidak lagi bersama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok