Hyung-tak menangis kerana Hirai

LELAKI jarang menangis, namun jika air matanya bercucuran pasti ada sesuatu amat bermakna berlaku.

Itu yang terjadi kepada pelakon Shim Hyung-tak yang tidak mampu menahan sebak saat impian untuk hidup bersama Hirai sebagai permaisuri hatinya terlestari.

Terharu bahkan bersyukur dengan segala yang berlaku, air mata jantan Hyung-tak  gugur dengan disaksikan semua tetamu semasa majlis resepsi perkahwinannya di Korea Selatan baru-baru ini.

“Saya tidak boleh gambarkan betapa gembiranya mempunyai suri hati seperti Hirai yang bijak dan cantik.

“Saya berjanji tidak akan menangis dan menjadi suami yang kuat untuk keluarga. Saya juga akan melindungi isteri selagi nyawa dikandung badan,” katanya dalam nada sebak.

Sebelum ini, pasangan tersebut menarik perhatian ramai kerana perbezaan negara selain mempunyai jurang umur sangat besar.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok