Hyojung positif Covid-19

ANGGOTA kumpulan Oh My Girl, Hyojung disahkan positif Covid-19 dan dilarang menyertai anggota lain dalam sebarang aktiviti berkumpulan.

Ahli lain iaitu Mimi, YooA, Seunghee, Yubin dan Arin bernasib baik apabila disahkan negatif dan tidak mengalami sebarang simptom.

Berita tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan, WM Entertainment menerusi sebuah kenyataan.

Hyojung disahkan positif Covid-19 selepas mengalami simptom selsema dan gejala ringan.

“Dia tidak dapat menyertai ahli lain dalam apa-apa acara dalam masa terdekat selamat lima hari,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok