Gfriend kekal akrab meski 2 tahun berpecah

BIARPUN sudah berpecah pada 2021, kesemua ahli GFriend masih lagi mengekalkan hubungan baik apabila kerap meluangkan masa bersama.

Perkara tersebut didedahkan bekas ahlinya, Sowon yang memuat naik foto mereka berkumpul di sebuah restoran dalam Instagramnya.

Mereka turut merakamkan gambar di kios foto sebagai kenangan.

Momen melihat kumpulan GFriend bersama ternyata memberi kesan kepada peminat yang merindui aksi ligat mereka bersama di pentas.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok