Gempita Double Trouble 2, Search, Barbarik terbaik

STADIUM Malawati Shah Alam menjadi saksi dua kumpulan rock,  Search dan Barbarik berkongsi momen indah di Konsert Double Trouble 2 (DT2) yang berlangsung hujung minggu lalu.

Dengan kehadiran 7,000 penonton yang juga pengikut genre rock tegar sudah cukup membuktikan kemeriahan persembahan mega itu.

Melihat audiens DT2, kebanyakan dalam lingkungan usia 30 hingga 50-an hadir dengan wajah dan mata bersinar teruja, masing-masing hanya satu tujuan iaitu mahu berhibur menikmati getaran muzik kegemaran mereka.

Biarpun Double Trouble asalnya ‘milik’ Search dan Wings, namun di tangan Barbarik (Joe) dan Search versi Din serta Kid, peminat Double Trouble tetap setia bahkan ramai hadir dengan gaya rock sejati.

Si rambut gondrong dan pemakai bermacam baju-T menampilkan kumpulan rock kegemaran masing-masing memenuhi pekarangan stadium sejak sebelum senja.

Tanpa melengahkan banyak lagi masa, adrenalin pentas DT2 bermula kencang dengan Balada Pemuzik Jalanan oleh Muss dan Denden yang melonjakkan rasa ingin melompat ramai penonton yang berdiri di arena Rock Zone.

JOE BRANKO menunjukkan skil memetik riff gitar solo.

Sia-sia datang konsert jika sekadar mahu duduk atau berdiri berpeluk tubuh, apatah memilih arena Rock Zone untuk menadah mata dan telinga.

Pertama kali bermain satu pentas, bahkan julung kali juga buat penulis melihat Barbarik dan Search versi Denden ‘bersanding’ dengan sebuah jenama ikonik Double Trouble, sebenarnya banyak ekspektasi telah dipenuhi.

Bukan hanya kuasa vokal Muss dan Denden, mata ibarat tidak berkelip melihat pentas saat Joe Branko menunjukkan skil memetik riff gitar solo.

Kekal berbisa dengan aura rock yang tak pernah padam, lelaki itu masih memiliki apa yang selama ini terlihat bersama band yang memperkenalkan namanya. Joe tetap Joe. Masih dahsyat duduk bersama Babarik atau band mana pun.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok