Gaun, but Jennie viral, licin di pasaran

UMUM tahu, jenama kereta mewah Porsche pernah menjalin kerjasama strategik bersama Jennie Blackpink.

Selain untuk penjenamaan, perkara lain yang mencuri perhatian ramai adalah pakaian digayakan Jennie.

Menerusi muat naik foto berlatarkan kereta idaman ramai tersebut, Jennie tampak santai dalam gaun putih yang dipadankan dengan but dan tas tangan biru.

Berikutan pengaruh kuatnya, pakaian itu licin disambar peminat. Bukan itu sahaja, but yang digayakan Jennie juga laris di pasaran.

Peminat kini ternanti-nanti apa pula yang bakal digayakan penyanyi kesayangan ramai itu dan teruja untuk melakukan pembelian seterusnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok