Enggan berjauhan, Joshua belikan ibu rumah

TINDAKAN anggota kumpulan Seventeen, Joshua membeli sebuah rumah buat ibunya supaya tidak perlu berjauhan antara satu sama lain mendapat pujian ramai.

Joshua kini tidak perlu lagi berulang-alik ke luar negara untuk berjumpa ibu yang tercinta.

Ibu saya tinggal di Amerika Syarikat, jadi saya belikan dia sebuah rumah di Korea supaya boleh tinggal di sini.

“Saya tidak perlu terbang ke luar negara untuk berjumpa ibu saya lagi  apabila rasa rindu,” katanya.

Selain itu, Joshua turut berkongsi dia dibesarkan ibunya seorang diri. Justeru, ibunya berhak dilayan seperti permaisuri.

Ibu membesarkan saya seorang diri. Bekerja tujuh hari seminggu. Ibu pernah mengendalikan sebuah klinik kerana dia seorang doktor perubatan di Korea Selatan dan pada masa sama mengusahakan restoran.

“Ibu bekerja keras, jadi saya akan belikan apa sahaja yang dia mahukan sebagai hadiah bagi membalas segala jasanya yang tidak terhitung banyaknya,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok