Elak buat ‘mini love’, Park Seo-joon dicop sombong

PELAKON, tampan Park Seo-joon dikritik dan dikeji netizen gara-gara didakwa tidak mesra dengan jurugambar dan peminat ketika hadir ke acara jenama mewah, Chanel.

Seo-joon dituduh bersikap kurang ajar kerana menolak permintaan jurugambar yang memintanya untuk membuat ‘mini love’ atau hati menggunakan jari tangannya.

Entah apa yang tidak kena, pelakon itu tidak mengendahkan permintaan tersebut meskipun sebelum ini dia selalu melakukan gerakan tangan berbentuk hati mahupun ‘mini love’ dalam pelbagai acara yang dihadiri.

Susulan itu, Seo-joon dihujani dengan pelbagai komen dan respons daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan pelakon tinggi lampai itu sebagai artis hidung tinggi.

Dulu okey sahaja buat mini love, sekarang sudah berlagak macam diri itu popular seluruh dunia. Berhenti berangan, tanpa peminat siapalah awak!” sinis seorang peminat.

“Biadabnya, kasihan jurugambar dilayan seperti itu. Ahli BTS yang popular seluruh dunia pun tidak berperangai seperti ini, wajah tampan tidak memberi awak satu kelebihan untuk kurang ajar,” demikian komen seorang netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok