[VIDEO] Doakan kami hidup lebih baik selepas ini – Diana Danielle

Saya bersyukur banyak belajar benda yang baik-baik. Belajar untuk matang, jadi ibu dan juga isteri.”

Demikian pengakuan Pelakon, Diana Danielle yang menyifatkan 11 tahun bergelar isteri kepada aktor, Farid Kamil sebagai fasa yang banyak mengajarnya erti kematangan sebuah kehidupan, sebagai isteri dan ibu.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson berkata, biarpun sudah membawa haluan masing-masing, dia akan mengenang perkahwinan tersebut dari sudut positif selain mendoakan terbaik buat diri dan bekas suami.

Banyak sangat pengajaran yang tidak semestinya pengakhiran ini saya ambil yang negatif sahaja. Saya ambil yang positif juga.

“Saya doakan kami dapat mulakan hidup dengan lebih baik selepas ini,” katanya kepada HibGlam selepas prosiding lafaz cerai hari ini.

Kemelut rumah tangga pasangan sama cantik sama padan itu menemui titik noktah hari ini selepas Farid melafazkan talak satu kepada Diana secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet di hadapan hakim syarie.

Perkara itu susulan Farid, 42, tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masalah kesihatan dan hanya diwakili oleh peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok