Dipuji cantik, Loco jatuh cinta

HAMPIR setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi rap Loco akhirnya mendedahkan kisah pertemuan dengan isteri.

Pemilik nama lengkap Kwon Hyuk-woo itu mula berkenalan dengan isteri ketika berada di institusi pengajian swasta beberapa tahun lalu.

“Saya sering ke kolej tanpa memotong rambut dan janggut. Semua orang mengusik gaya saya tetapi dia (isteri) kata cantik.

“Sejak daripada itu kami berhubung dan menjadi lebih rapat ketika saya tamat latihan ketenteraan.

“Ketika itu kami bertemu di kawasan kejiranan lama dan saya putuskan untuk bersamanya selamanya,” kata Loco.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok