ChaeY bukan lagi ahli Craxy

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba penyanyi ChaeY digugurkan daripada kumpulan Craxy.

Berita tersebut didedahkan beberapa hari selepas pengumuman lawatan Craxy ke San Francisco, Amerika Syarikat dan Puerto Rico yang dinanti-nantikan ramai peminat mereka.

Ramai peminat terkejut dan kesal dengan situasi itu bahkan mereka tertanya-tanya mengapa pemilik nama sebenar Song Chaeyeon itu digugurkan.

Sehubungan itu, peminat menggunakan tanda pagar #CraxyIsFive bagi menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok