Bo-hyun tak layak dicintai Jisoo?

DUNIA hiburan Korea Selatan masih lagi terkejut dengan kesahihan perhubungan cinta antara pelakon Ahn Bo-hyun dan anggota kumpulan Blackpink, Jisoo.

Meskipun ramai peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli itu, terdapat juga peminat yang melemparkan kata-kata jahat kepada Bo-hyun dan menyifatkan pelakon tersebut tidak layak memiliki Jisoo.

“Saya kecewa dengan Jisoo, cita rasanya sangat rendah dalam memilih teman lelaki. Apa istimewanya Ahn Bo-hyun?

“Tiada apa yang lebih mengenai lelaki itu, dia hanya mahu menumpang populariti Jisoo,” tulis seorang netizen.

“Tak faham apa yang Jisoo nampak. Rupanya biasa-biasa sahaja, berlakon pun jarang-jarang, boleh dikatakan kategori pelakon lelaki paling sendu,” demikian komen seorang lagi netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok