Blackpink lolos 11 bilion penstriman

KUMPULAN Blackpink terus mencipta rekod baharu merentasi pelbagai platform muzik apabila berjaya menjadi kumpulan gadis pertama dalam sejarah yang melepasi 11 bilion penstriman dalam Spotify.

Bukan itu sahaja, Blackpink juga dinobatkan sebagai kumpulan pertama yang mempunyai 44 juta pengikut di platform tersebut meskipun sudah lama tidak mengeluarkan karya muzik baharu secara berkumpulan.

Ikoniknya, pencapaian cemerlang kumpulan Blackpink diraih pada masa sama ketika sambutan ulang tahun ke-7 sejak mereka debut.

Kejayaan seiring pencapaian yang diraih Blackpink meletakkan mereka sebagai kumpulan gadis yang digemari khalayak dunia seterusnya menguasai pasaran muzik global.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok