Bertahun derita disihir, Nonny Nadirah doa pelaku bertaubat

“Kita doa sungguh-sungguh agar dia bertaubat. Jika dia tidak mahu juga bertaubat dari hasil perbuatan tangannya, sihir-sihirnya (yang) bukan hasil setahun dua. Nauzubillahiminzalik.”

Itu perkongsian pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah di Insta Story sekali gus memberi bayangan berdepan gangguan sihir daripada individu dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Begitupun katanya, dia yakin keadaannya akan pulih, selain tidak pernah berhenti mendoakan pihak yang menjadikannya sebagai mangsa kembali ke pangkal jalan.

Sabar manusia mengikut kemampuannya. Perilakumu lagakmu seperti kau Tuhan. Ini bumi Allah. Allah ajar aku tentang yakin,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim lima (AF5) itu turut mendedahkan sudah lama diugut individu sama dengan pelbagai cara.

Situasi dilalui dalam jangka masa panjang itu membuatkan wanita berusia 34 tahun berkenaan sukar melupakan perbuatan jahat dilakukan terhadapnya.

Malah, daripada luahan terbuka di laman sosialnya, Nonny seolah-olah menyatakan kehilangan selama ini ada kaitan dengan gangguan berkenaan.

Apa kau buat ni tidak lama lagi berbalik kepada kau dan keluarga kau. Kau ugut aku, Allah ugut kau balik! Kau yang mula semua ni.

“Aku sudah hidup dengan dunia aku sendiri. Tiada guna diam dengan kau ni. Aku akan ingat sampai mati, dari tahun-tahun sudah, hari-hari kau buat aku menangis depan Allah,” katanya.

Sebelum ini pelakon filem Malay Regiment itu menyepi kira-kira tiga tahun sehingga ada peminat beranggapan dia berundur dari dunia seni berikutan isu peribadi.

Namun, kemunculan dalam sebuah saluran YouTube lebih sebulan lalu dengan kembali berhijab membuatkan peminat serta rakan terdekat termasuk Mila Jirin menarik nafas lega.

Terdahulu, selebriti asal Kota Kinabalu, Sabah itu pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinannya hanya mampu bertahan selama setahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok