Berdua Bersatu meledak, peminat saran Forteen kembali bersatu

TIADA angin tiada ribut, lagu Berdua Bersatu nyanyian Forteen menjadi kegilaan dalam TikTok sejak kebelakangan ini.

Mana tidaknya, lagu nyanyian empat jejaka iaitu Ariz, Izzue Islam, Ameer dan One itu dinyanyikan semula dengan gaya sama seperti dalam muzik video asal.

Disebabkan itu, ramai yang melahirkan rasa rindu untuk melihat kumpulan Forteen kembali bersatu seperti sebelum ini.

“Harap disebabkan lagu tular, Forteen akan terbuka hati untuk buat bersatu semula. Rindu nak lihat Forteen menyanyi sebagai satu kumpulan. Harap ada berita baik nanti,” ujar peminat mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok