Bahaya, Reen Rahim ‘tibai’ suami pakai sejadah

KISAH Abang Tesla yang meledak dalam media sosial baru-baru ini mencetuskan ‘huru-hara’ dalam kalangan orang ramai termasuk selebriti tanah air.

Antara yang mendapat perhatian ramai ialah video pelakon Reen Rahim ‘menghambat’ suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dengan sejadah kerana ingin membuat konten seperti Abang Tesla iaitu bersalaman dengan isteri sebelum berkahwin kali kedua.

“Cubaan konten Abang Tesla gagal. Bini abang ‘marabahaya’ dik,” kata Hazim.

Gelagat lucu pasangan suami isteri tersebut seterusnya mengundang tawa ramai pengguna media sosial.

“Tak sakit ke kena rembat dengan sejadah bang?” demikian komen ditinggalkan netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok