Bahagianya tengok Amelia, Aedy menyulam cinta

SEJAK kebelakangan ini, berkali-kali foto mesra pasangan yang sedang hangat bercinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson muncul dalam ‘timeline’ media sosial Diva.

Sebelum ini kedua-dua mereka jarang sangat berkongsi momen percintaan tetapi kini sudah lebih terbuka pula.

Baru-baru ini, mereka muat naik beberapa foto dan video saling berpegangan tangan, malah ada yang mendakwa Amelia memanggil Aedy sebagai sayang.

Peminat apa lagi, masing-masing tumpang bahagia dan berharap Amelia dan Aeady ke jenjang pelamin.

“Alahai kami pula yang tersenyum malu melihat pasangan ini bahagia. Harap hubungan mereka kekal dan kahwin satu hari nanti. Memang sepadan sangat,” komen netizen.

DIVA: Ramai tengah menyampah dengan beberapa pelakon baru acah-acah ‘metode’.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok